Thursday, July 16, 2020

VISI, MISI, MATLAMAT & OBJEKTIF PSS

💕Visi💕

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

💕Misi PSS💕

· Menjadi nadi ilmu untuk semua warga sekolah

· Menjadi pusat penerokaan dalam pelbagai kemahiran khususnya sains dan teknologi

· Memberikan perkhidmatan yang mesra dan selesa

 

💕Matlamat PSS💕

· Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

· Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.

· Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif, dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

· Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan computer.

 

💕Objektif PSS💕

· Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.

· Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan. sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.

· Meningkatkan profesionalisme guru.

· Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.

· Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

· Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

 

No comments:

Post a Comment

PELANCARAN NILAM

SEKITAR PELANCARAN PROGRAM NILAM