1. Kad PSS dikenakan bayaran sekali sahaja iaitu RM1.00.
2. Tempoh pinjaman ialah;
a)seminggu dua buah buku, denda lewat RM0.20 sehari termasuk cuti hujung minggu dan cuti am.
b)pinjaman semula buku yang sama hanya dibenarkan sekali.
3. Guru dan kakitangan sekolah boleh meminjam 3 buah buku selama 2 minggu.
4. Sekiranya buku PSS hilang, penggantian semula diwajibkan sama ada menggantikan buku yang baru atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.
5. Kad PSS tidak boleh dipindah milik. Sekiranya hilang, bayaran RM2.00 untuk kad yang baru.
6. Buku bertanda merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber (tidak boleh dipinjam keluar).
7. Pelajar-pelajar haruslah berpakaian sekolah atau pakaian PJK yang kemas sewaktu berada di PSS.
8. Pengguna-pengguna tidak dibenarkan makan,minum dan membuat bising di dalam PSS.
9. Pelajar-pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.
10. Urusan pinjaman dan pemulangan buku pada waktu rehat dan petang sahaja.
11. Guru yang membawa masuk pelajar-pelajar hendaklah mengawal disiplin serta memastikan kebersihan dijaga selepas menggunakannya.
12. Pelajar di minta susun semula buku dan kerusi selepas digunakan.
13. Pelajar di kehendaki membaca buku untuk Program Nilam.
No comments:
Post a Comment